Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM

Home » 2010 » January » 27

Daily Archives: 27 January 2010

Kenyataan Rasmi YDP PERSIAP terhadap manifesto ASPIRASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat ahli PERSIAP. di sini saya Mohamad Azizuddin Fahmi B Nordin sebagai Yang Di-Pertua PERSIAP sesi 2010/2011, menafikan sekeras-kerasnya kenyataan di atas yang telah dikeluarkan oleh pihak ASPIRASI berkaitan penglibatan PERSIAP dalam menyokong tindakan mereka. PERSIAP adalah badan berkecuali dalam isu pilihanraya kampus (PRK). PERSIAP adalah satu badan di bawah fakulti perubatan yang menjaga kebajikan dan dan akademik.

PERSIAP sesi 2009/2010 juga tidak terlibat dalam segala hal menyokong atau menentang pihak ASPIRASI.

Aktiviti-aktiviti PERSIAP seperti Zero Repeaters Campaign (ZRC) juga tidak melibatkan penglibatan pihak ASPIRASIi. PERSIAP mengambil sikap berkecuali dalam perkara-perkara tersebut.

Sekali lagi saya dengan tegasnya menyatakan bahawa PERSIAP tidak terlibat dengan pihak ASPIRASI mahupun GMUKM.

yang benar,

(MOHAMAD AZIZUDDIN FAHMI B NORDIN)
YANG DI PERTUA PERSIAP
2010/2011
<26 Januari 2010>

*****************

Sepanjang sesi 2009/2010, PERSIAP adalah persatuan yang neutral. Jangan kaitkan dengan mana2 pihak samada GMUKM ataupun Aspirasi. Sebagai mantan YDP PERSIAP sesi 2009/2010, saya menafikan segala dakwaan penglibatan atau sokongan PERSIAP kepada Aspirasi atau GMUKM.

Mohd Fadhli bin Mohd Fauzi

Mantan YDP PERSIAP 2009/2010