Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM

Home » Laporan Program / Aktiviti

Category Archives: Laporan Program / Aktiviti

Laporan Bulan Mac 2014

Lawatan Pelajar Perubatan Universiti Yamanashi

yamanashi

Tarikh : 13 Mac 2014

Penglibatan : Wakil PERSIAP Tahun 3( Syahirah JaniKhairol AzharMohd AimanSyahira NajwaSyuhada ZakariaSoon Chong HongXue Min HengWhisz )

Perincian program :

Pada 13 Mac 2014, pihak Jabatan Perhubungan Awam UKM dengan kerjasama daripada pihak PERSIAP telah mengadakan sesi bersama pelajar perubatan daripada Universiti Yamanashi, Jepun.

Program ini dibuat khas kepada pelajar Tahun 3 bagi memberikan pengalaman kepada mereka dalam berkongsi pendapat, idea dan pandangan bersama wakil pelajar perubatan daripada Jepun, dan Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan lancar.

Kembara Medik 2014

Kembara Medik

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh :            16 Mac 2014

Masa :            8 pagi – 5 petang

Tempat :         HUKM

Penglibatan :  Pelajar Perubatan Tahun 1

Perincian program :Program yang bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar Perubatan Tahun 1 mengenai realiti kehidupan seorang doktor.

Tentatif program :

  • 8 pagi         : Perasmian program
  • 9 pagi         : Ceramah “Bukan Sekadar Perubatan” oleh Prof. Syahrir
  • 11 pagi       : LDK 1 (Needle Prick Injury)
  • 12.30 t/hari : Rehat
  • 2 petang     : LDK 2 (Physical Examination)
  • 4 petang     : Penutup
Advertisements

Happy Chinese New Year


Happy Chinese New Year

Laporan Bengkel Semakan Kurikulum 2010

IJAZAH FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TARIKH                     : 29 SEPTEMBER 2010

TEMPAT                    : PALM GARDEN, PUTRAJAYA

PERWAKILAN         :

1.      MOHD AZIZUDIN FAHMI BIN NORDIN (YDP PERSIAP)

2.      MOHD FAHMI BIN ELLIAS (NYDP PERSIAP)

3.      RAHMAH BINTI ABDUL RAHMAN (EXCO AKADEMIK I PERSIAP)

4.      NUR ROWAIDAH BT ROSLAN (SUA JAKSA)

5.      LUTFI FADIL BIN LOKMAN (JAKSA)


Program : Lawatan Muhibah dari Fakulti Sains Perubatan USM

Tarikh : 21 Mac 2009

Masa : 10.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi : Sekitar PPUKM

Lawatan ini disertai oleh 32 orang pelajar perubatan Tahun 2 dari Universiti Sains Malaysia (USM). Rombongan tiba di perkarangan PPUKM pada jam 10.00 pagi. Rombongan terus dibawa ke Dewan Kuliah 2. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Abdul Hadi bin Rosli (Wakil PERSIAP) dan wakil daripada Persatuan Sains Perubatan USM. Ia disusuli dengan ucapan Prof. Madya Dr. Mohd Shahrir bin Mohamed Said, Penasihat II PERSIAP sesi 2009/2010 dan sesi pengenalan persatuan masing-masing.

Majlis diteruskan dengan taklimat Le Tour de PPUKM dan pembahagian kumpulan. Rombongan dipecahkan kepada 3 kumpulan dan dibimbing oleh 8 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar perubatan UKM Tahun 3 iaitu : Abdul Hadi, Malik, Wan Nuruddin, Aina Mardiah, Noor Muslia, Ahmad Farhan Kamarudin, Mohd Zulfadli dan Kanit Tha.

Rombongan dibawa melawat tempat-tempat tertentu di PPUKMcontohnya Perpustakaan PPUKM, wad perubatan, wad obstetrik dan ginekologi, surgeri dan paediatrik. Selain itu, rombongan juga dibawa ke unit kemalangan dan kecemasan.

Selepas makan tengah hari, rehat dan solat Zohor, sesi interaksi dan diskusi dimulakan mengikut kumpulan masing-masing. Sesi ini memberi peluang untuk bertukar-tukar informasi tentang fakulti masing-masing serta pengalaman belajar di tahun klinikal dan juga aktiviti-aktiviti yang dianjur dan disertai di universiti serta fakulti masing-masing.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Shahrir bin Mohamed Said, Penasihat II PERSIAP sesi 2009/2010 dan penyampaian cenderamata. Lawatan diakhiri dengan minum petang dan sesi bergambar.

Rombongan bertolak pulang pada jam 5.00 petang.

KANIT THA DEANG

BENDAHARI KEHORMAT PERSIAP 2009/2010

Laporan : Lawatan ke Fakulti Perubatan UKM Kampus KL oleh SMK Raja Lumu

Tarikh : 30 April 2008

Masa : 10.30 pagi – 4.00 petang

Tempat : Fakulti Perubatan UKM Kampus KL

Lawatan ini disertai oleh 39 orang pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 serta 2 orang guru pengiring dari SMK Raja Lumu. Rombongan sekolah tersebut tiba di Fakulti Perubatan Kampus KL pada lebih kurang jam 10.30 pagi. Rombongan terus dibawa melawat muzium anatomi dan diberi penerangan serba sedikit berkenaan anatomi oleh staf jabatan anatomi. Kemudian rombongan tersebut dijamu dengan sedikit jamuan ringan dan seterusnya diberi taklimat oleh En Azmi bin Kasim di Dewan T1BE. Majlis taklimat telah dipengerusikan oleh saudari Farih Najihah. Pada jam 12.30 tengahari, rombongan dibawa melawat Perpustakaan Dr Abdul Latiff dengan bimbingan dua orang kakitangan perpustakaan. Selepas solat Zuhur, rombongan sekolah ini telah diberi penerangan dengan lebih lanjut berkenaan bidang doktor perubatan oleh Dr Norfilza (terima kasih doktor!) di Dewan Kuliah 1 ketika sesi interaktif disusuli dengan sesi soaljawab. Pada jam 3 petang, rombongan telah dipecahkan kepada 7 kumpulan dan dibimbing oleh 7 orang fasilitator (terima kasih kepada wan nuruddin, farih najihah, farahwahida, azizuddin, kanit, sethu, muhaimin) bagi memberi peluang kepada mereka untuk bertanyakan dengan lebih lanjut pengalaman sebagai pelajar perubatan selain daripada tips-tips belajar. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai dan autograf sebagai kenangan. Rombongan bertolak pulang pada jam 4.00 petang.

p/s : gambar-gambar berkaitan lawatan ini akan dimuatnaik sebelum 12 Mei 2008.

EPM PERSIAP