Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM

Home » Tahun 3 » Perutusan Khas Buat Pelajar Tahun 3

Perutusan Khas Buat Pelajar Tahun 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar perubatan terutama pelajar peubatan tahun 3 yang baru menaiki tahun klinikal. Setinggi-tinggi kesyukuran serta selawat dan salam ke atas junjungan baginda Rasulullah s.a.w. Tahniah kepada para pelajar tahun 3 yang baru memasuki tahun klinikal yang disifatkan lebih mencabar ini. Pihak kami mengucapkan “Selamat Melangkah Ke Gerbang Klinikal”.

Saya mewakili kepimpinan PERSIAP sesi 2010 ingin berpesan kepada semua terutama pelajar perubatan tahun 3 supaya meningkatkan mutu akademik masing-masing ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Hari ini perlu lebih baik dari semalam dan esok perlu lebih baik dari hari ini. Jika mempunyai sebarang sejarah yang tidak menarik sebelum ini, lupakan dan teruskan untuk melangkah tanpa menoleh ke belakang. Tahun klinikal ini berbeza dari tahun pra-klinikal.

Pihak kami juga ingin berpesan supaya semua pelajar agar menjaga akhlak atau tingkahlaku supaya lebih baik dari sebelum ini. Hormati pensyarah-pensyarah yang mendidik kita supaya di sana ada  keberkatan dalam menuntut ilmu ini. Sama-samalah kita belajar untuk menjadi pelajar yang lebih menyayangi supaya disayangi oleh pensyarah. Satu kisah di mana suatu ketika Ibn Sina (tokoh perubatan Islam) datang bertemu tuan gurunya dan mencabar tuan gurunya supaya bertanya apa sahaja soalan dan ia pasti akan dapat menjawabnya. Tuan guru bertanya beberapa soalan dan ternyata Ibn Sina Berjaya menjawabnya. Dengan megahnya dia berbangga dengan kehebatan yang dimilikinya itu. Tuan guru menegur sikap Ibn Sina ini dengan berkata “kamu akan binasa suatu hari nanti jika kamu bersikap sedemikian rupa”. Ibn Sina tersentak dan tersedar akan kesilapannya yang berbangga dan tidak menghormati gurunya itu. Lalu dia menyesal. Dan sekarang kita dapat lihat bahawa Ibn Sina adalah tokoh perubatan yang sangat masyhur dan dihormati kerana sikpanya yang mendengar dan menuruti nasihat gurunya itu. Begitulah kita hendaknya sebagai pelajar perubatan ini. Marah sang guru adalah bagi kebaikan kita. Patuhlah ia selagi mana ia tidak melanggar hukum tuhan.

Sesi kali ini adalah sesi kedua pihak UKM menerima pelajar dari twinning program. Kami berharap agar pelajar UKM di sini dan pelajar twinning program dapat bersatu dan saling tolong menolong sebagai sebuah keluarga UKM. Tidak ada lagi stigma UKM dan UNPAD. Kita adalah sama untuk mengejar MD UKM. Belajarlah bersama-sama untuk menaikkan nama UKM di persada dunia.

Dari itu sekali lagi pihak kami mendoakan agar yang terbaik berlaku buat semua pelajar perubatan terutama pelajar tahun 3 yang baru melangkah ke tahun klinikal juga pelajar tahun akhir yang bakal menempuhi liku yang sangat memeritkan. Kemanisan hanya akan tercapai setelah kepahitan dilalui. Kita adalah PERSIAP dan PERSIAP adalah kita. Wallahu’alam.

“KECEMERLANGAN ILMIAH TERAS KEUNGGULAN PERUBATAN”

Mohamad Azizuddin Fahmi B Nordin,

Yang Di-Pertua PESIAP,

Sesi 2010,

Universiti Kebangsaan Malaysia.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Logo PERSIAP

Logo UKM

Facebook PERSIAP

Perihal Blog

Blog ini telah dikendalikan oleh Exco Penerbitan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang petikan yang diambil daripada blog ini boleh diterbitkan semula dengan syarat kredit harus diberikan atas nama Persiap dan halaman web berkaitan. Sebarang komen yang bersifat provokasi melampau dan spam akan disingkirkan.

Kalendar

May 2010
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Statistik Pelawat

  • 110,999 hits

LETTERHEAD PERSIAP

Klik link di bawah untuk download file. Letterhead PERSIAP.doc

Format Kertas Kerja Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.

Format Laporan Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.
%d bloggers like this: