Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM

Home » Uncategorized » AMBANG WARISAN MESRA DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-35 PERSIAP

AMBANG WARISAN MESRA DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-35 PERSIAP

24 – 25 Oktober 2009 : AMBANG WARISAN MESRA DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-35 PERSIAP. Aktiviti menarik untuk semua buddy line (semua pelajar perlu hadir kerana ada aktiviti untuk mengikut kumpulan buddy line). Dan ucaptama khas daripada Dato’ Dr Amir Abbas (1st Dean Medical Faculty UKM), pelancaran modul kemaskini sistem buddy & perasmian Karnival WM 2009. Kosongkan jadual anda. [untuk pelajar tahun 1-5 sesi 2009/2010]

***********************************

Program asal Warisan Mesra dan Sambutan Ulangtahun Ke-35 PERSIAP telah dianjakkan ke tarikh 9 Januari 2010 yang merangkumi jogathon, gerai klinikal, tayangan video alam sekitar (conjoint programme) serta majlis makan malam fakulti perubatan.

Sehubungan dengan itu, program AMBANG Warisan Mesra dan Sambutan Ulangtahun Ke-35 PERSIAP telah diadakan bagi merapatkan ukhuwah pelajar2 perubatan pada akhir semester 1 / awal semester 2. maaf sebab takde makan2 untuk program 24-25 Oktober 2009 ini.

************************************

24 Oktober 2009

7.30 pagi – senamrobik
8.00 pagi – 12.00 tengahari – futsal
4.00 petang – explorace
8.00 malam – ucaptama, perasmian, pelancaran dan forum
11.30 malam – tamat

25 Oktober 2009

-dalam perancangan-

************************************

24 OKTOBER 2009

Program ini merangkumi senamrobik, futsal antara batch dan alumni, explorace mengikut buddy line dengan aktiviti2 yang menarik, ucaptama daripada Dekan Pertama Fakulti Perubatan UKM (Dato’ Dr Amir Abbas), perasmian Karnival Warisan Mesra, pelancaran modul kemaskini sistem buddy serta forum yang menyentuh aspek mempertingkat fungsi dan peranan PERSIAP sebagai badan pelajar fakulti perubatan UKM.

Oleh yang demikian, setiap batch diminta menyediakan team futsal lelaki anda. (perincian akan diberitahu kemudian). Pelajar2 lain diminta datang menyokong team batch anda. Nak sokong team lain pun boleh. Format pertandingan akan diberitahu kemudian.

Objektif explorace ialah untuk merapatkan hubungan antara pelajar tahun 1-5 mengikut buddy line. Pihak PERSIAP akan cuba mengeluarkan database buddy line yang telah dikemaskini secepat mungkin. Dan jika tiada halangan, kami juga akan cuba meletakkan nombor untuk dihubungi supaya semua pelajar dapatlah berhubung dengan buddy masing2. Explorace akan mempunyai antara 4-5 stesen sahaja. Pihak PERSIAP akan cuba mendapatkan khidmat dan bantuan alumni atau pelajar bukan perubatan untuk menjaga stesen2 tersebut kerana PERSIAP mahu setiap pelajar perubatan tahun 1-5 menjadi PESERTA explorace ini termasuklah jawatankuasa PERSIAP serta jawatankuasa program. Setiap kumpulan akan dibahagikan mengikut buddy line masing2. Kalau ada buddy line anda yang tak datang, tak lengkaplah kumpulan anda. kurang mencapai objektiflah explorace ini.

Satu stesen memerlukan anda menyediakan gambar foto (saiz akan diberitahu nanti) buddy line anda. maksudnya, dalam satu foto, ada gambar group anda. Sediakan gambar ini sebelum program. Dan anda dikehendaki menampalnya mengikut kreativi line anda. Satu kertas (minimum saiz A4) akan disediakan. jadi, jumpalah buddy2 dalam line anda dan ambil gambar bersama. memori anda, memori kami. perincian akan diberitahu lagi kemudian.

pada sebelah malam, program akan bermula jam 8.00 malam. dimulakan dengan ucaptama daripada Dekan Pertama Fakulti Perubatan UKM (Dato’ Amir Abbas) yang akan menyoroti rentetan sejarah penubuhan fakulti perubatan UKM dan seterusnya penubuhan badan pelajar fakulti perubatan yang kini dikenali sebagai PERSIAP. beliau juga akan menyampaikan rintangan2 yang dihadapi serta cabaran2 masa depan.

setelah itu, majlis akan diteruskan dengan perasmian karnival WM pada januari 2010 (kiranya ini prelude lah). dan juga pelancaran manual kemaskini sistem buddy. saksikan apa perubahan dan penambahbaikan sistem buddy ini ya. oh ya! penyampaian hadiah futsal dan explorace pun ada.

Sebagai penutup, satu forum menyentuh strategi mempertingkat peranan dan fingsi PERSIAP sebagai badan pelajar fakulti perubatan UKM akan diadakan. pihak kami sedang cuba merekrut ahli panel yang terdiri daripada bekas MT PERSIAP tahun 80-an, pensyarah, dan juga pelajar sekarang. hadirin juga dibenarkan untuk memberikan pandangan serta kritikan supaya satu resolusi strategi memperkasakan PERSIAP ini dapat dibentuk dengan mantap.

************************************

25 Oktober

-dalam perancangan. bukan aktiviti berat. jangan risau ya.-

************************************

Jangan balik rumah ya pada tarikh tersebut. Datang beramai2. Yang muda pujuk buddy yang lebih tua datang. Dan yang lebih tua, pastikan yang lebih muda datang. Rapatkan ukhuwah kita semua.

p/s : pihak kami akan cuba melihat jadual akademik pada tarikh tersebut terutamanya pelajar tahun 1 dan 2 (HM/HL/HE)

p/s 2 : alumni yang nak hadir, bolehlah tinggalkan komen di ruangan bawah atau send message ke inbox. beri nama dan nombor telefon. kami akan hubungi anda nanti. TQ.

“Kita adalah PERSIAP dan PERSIAP adalah kita”

sebarang komen amat dihargai. silakan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Logo PERSIAP

Logo UKM

Facebook PERSIAP

Perihal Blog

Blog ini telah dikendalikan oleh Exco Penerbitan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang petikan yang diambil daripada blog ini boleh diterbitkan semula dengan syarat kredit harus diberikan atas nama Persiap dan halaman web berkaitan. Sebarang komen yang bersifat provokasi melampau dan spam akan disingkirkan.

Kalendar

September 2009
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Statistik Pelawat

  • 110,999 hits

LETTERHEAD PERSIAP

Klik link di bawah untuk download file. Letterhead PERSIAP.doc

Format Kertas Kerja Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.

Format Laporan Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.
%d bloggers like this: