Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM

Home » Uncategorized » ktsn – tempoh kuarantin tamat

ktsn – tempoh kuarantin tamat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, syukur diucapkan kerana petang tadi pengetua kolej Dr. Ruzita telah mengumumkan bahawa tempoh kuarantin untuk pelajar yang tinggal di KTSN telah tamat. Pengetua mengumumkan berita ini di hadapan para pelajar di Dewan Serbaguna(DSG) pada pukul 7 malam selepas menerima mesej daripada Naib Canselor UKM iaitu Professor Datuk Dr. Sharifah Hapsah.

Segala pujuk rayu anda semua berhasil…Setelah anda semua bersedih tahap gaban tak boleh balik…Menurut Dr. Ruzita, para pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mulai pukul 9.00 pagi 30 Julai 2009 tetapi perlu melalui prosedur seperti mengisi borang dan sebagainya. Bagi sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang mengandung, atau sakit kronik seperti kencing manis adalah tidak digalakkan untuk pulang kerana mungkin akan membahayakan mereka jika pelajar mempunyai virus H1N1 terbabit. Menurut beliau lagi, kebanyakan pelajar sudah mempunyai virus ini walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom. Oleh itu para pelajar yang ingin pulang dikehendaki memastikan keadaan diri dalam keadaan sentiasa sihat dan jika mendapati terdapat sebarang simptom Influenza Like Illness pada diri perlulah melaporkannya kepada pusat kesihatan yang terdekat.

Sebelum mengakhiri ucapan beliau, beliau telah meluahkan perasaan beliau di mana beliau merasa kecewa terhadap segelintir pelajar yang hanya mendiamkan diri semasa sakit dan tidak memberitahu beliau. Beliau tambah kecewa apabila beliau mendapat berita bahawa terdapat pelajar yang sakit melalui orang luar yang tidak duduk di KTSN.

Beliau juga berasa kecewa dengan sikap pelajar yang suka membangkang dan pada pandangan beliau itu adalah satu tindakan yang tidak menghormati beliau sebagai pengetua dan orang yang lebih dewasa. Diharapkan kepada sesiapa yang bertanggungjawab dapat memperbetulkan keadaan dan memohon maaf kepada pengetua walaupun diakhir ucapan beliau, beliau telah mengatakan bahawa beliau telah memaafkan pelajar terbabit. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

Terdahulu sebelum itu, para pelajar telah dikumpulkan di DSG untuk mendengar taklimat daripada Dr. Nordiah Awang Jalil. Beliau telah menerangkan perkembangan wabak ini daripada ia mula dikesan sehinggalah hingga WHO mengistiharkan tahap pendamik 6 pada wabak ini. Beliau juga memberitahu langkah-langkah yang perlu diambil antaranya menghindarkan diri dari tempat yang sesak, tutup mulut semasa batuk atau bersin dan social distancing iaitu mengasingkan diri apabila terdapat ILI pada diri anda.

Beliau juga turut mengajar para pelajar cara yang betul untuk membersihkan tangan dengan menggunakan sabun dan alkohol .Sehubungan itu, pihak kolej telah membekalkan sabun dan alkohol di sekitar kolej bagi memudahkan para pelajar untuk membersihkan tangan.

dipetik daripada suarabba0813.blogspot.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Logo PERSIAP

Logo UKM

Facebook PERSIAP

Perihal Blog

Blog ini telah dikendalikan oleh Exco Penerbitan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang petikan yang diambil daripada blog ini boleh diterbitkan semula dengan syarat kredit harus diberikan atas nama Persiap dan halaman web berkaitan. Sebarang komen yang bersifat provokasi melampau dan spam akan disingkirkan.

Kalendar

July 2009
M T W T F S S
« May   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Statistik Pelawat

  • 110,950 hits

LETTERHEAD PERSIAP

Klik link di bawah untuk download file. Letterhead PERSIAP.doc

Format Kertas Kerja Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.

Format Laporan Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.
%d bloggers like this: