Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM

Home » Uncategorized » situasi semasa

situasi semasa

Pada 25 Julai 2009 (Sabtu), PERSIAP telah dimaklumkan bahawa gejala demam dan batuk telah meruncing terhadap pelajar perubatan tahun 2. Mengikut perbualan yang dilakukan, lebih daripada 50 orang pelajar mengalami gejala ini sejak tempoh seminggu yang lepas.

PERSIAP telah mengambil tindakan dengan memaklumkan kepada pihak-pihak yang berkenaan pada malam tersebut juga.

Alhamdulillah. Tindakan segera telah diambil oleh pihak yang berkenaan.

**************************************************

Berikut merupakan situasi semasa yang berlaku di kolej berkenaan :

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Berita gempar mengejutkan semua pelajar apabila semua pelajar K1 KTSN di paksa pulang ke kolej untuk dikuarantin dan mendengar taklimat mengenai wabak influenza A(H1N1) daripada Dr. Ismail dari PPUKM.

Anggaran pejajar yang mengidap simptom-simptom Influenza A(H1N1)buat masa kini adalah lebih kurang 50 orang menyebabkan arahan penutupan kolej terpaksa dibuat. Menurut pihak pentadbiran, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menghantar notis supaya kolej ditutup untuk tempoh masa seminggu.

Buat masa kini, ujian pengesahan makmal masih sedang dijalankan untuk memastikan wabak ini tetapi arahan penutupan kolej telah dikeluarkan untuk memastikan wabak ini tidak menular.
Di kolej para pelajar telah mendapat taklimat daripada Dr. Ismail dan kemungkinan para pelajar tidak dibenarkan pulang dan dikuarantin di KTSN selama seminggu.

Beliau menasihatkan para pelajar agar kurangkan bercakap dan jangan bersalam dengan orang yang mengidap simptom penyakit ini. Beliau juga menasihatkan pelajar agar menjaga kebersihan dan membasuh tangan setiap kali bersin dan batuk. Jaga jarak anda sekurang-kurangnya 1 meter atau 3 kaki dengan rakan anda untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti. Para pelajar juga dinasihatkan supaya memakai topeng muka bagi mengelakkan daripada dijangkiti wabak ini.

Kepada sesiapa yang mempunyai simptom-simptom wabak ini seperti demam, sakit tekak, cirit birit, selsema, sesak nafas, dan sakit dada diminta melaporkan kepada pihak kolej supaya dapat diubati dengan segera dan mengelakkan penularan wabak ini….

Sekian saja untuk masa ini.. nantikan berita selanjutnya.

-dipetik daripada http://suarabba0813.blogspot.com/

********************************

Kepada pelajar2 yang ada kontak dengan pelajar dari Kolej Tun Syed Nasir sepanjang tempoh seminggu ini dan mengalami gejala2 demam, batuk, selsema, cirit birit, sesak nafas, anda dinasihatkan untuk pergi ke A&E untuk pemeriksaan lanjut.

Harap maklum.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Logo PERSIAP

Logo UKM

Facebook PERSIAP

Perihal Blog

Blog ini telah dikendalikan oleh Exco Penerbitan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang petikan yang diambil daripada blog ini boleh diterbitkan semula dengan syarat kredit harus diberikan atas nama Persiap dan halaman web berkaitan. Sebarang komen yang bersifat provokasi melampau dan spam akan disingkirkan.

Kalendar

July 2009
M T W T F S S
« May   Aug »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Statistik Pelawat

  • 110,950 hits

LETTERHEAD PERSIAP

Klik link di bawah untuk download file. Letterhead PERSIAP.doc

Format Kertas Kerja Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.

Format Laporan Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.
%d bloggers like this: