Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM

Home » Uncategorized » Bengkel Mengemaskini Implementasi Kurikulum Integrasi Pertengahan

Bengkel Mengemaskini Implementasi Kurikulum Integrasi Pertengahan

Tarikh : 14 – 15 April 2009

Lokasi : Hotel Palm Garden, Putrajaya

Secara ringkas, bengkel ini bertujuan untuk review kurikulum integrasi tahun 1-4 bagi mengemaskini dan memperbaiki kurikulum ini.

PERSIAP telah dminta untuk menghantar wakil setiap batch menghadiri bengkel ini. Wakil yang hadir pada 14 April 2009 ialah Mohd Fadhli (Tahun 3), Wan Nuruddin (Tahun 3), Low Joe An (Tahun 4) dan Mohd Azizuddin Fahmi (Tahun 2). Wakil pada 15 April 2009 ialah Mohd Fadhli (Tahun 3 ), Wan Nuruddin (Tahun 3), Mohd Zulfadli (Tahun 3), Low Joe An (Tahun 4) dan Siti Nur Izni (Tahun 4). Saudara Azizuddin tidak dapat hadir pada 15 April atas masalah kesihatan. Wakil tahun 1 tidak dapat hadir kerana sedang berada dalam minggu ulangkaji. Terdapat penambahan 2 orang pelajar pada 15 April atas sebab keperluan yang mendesak pada saat-saat akhir.

Secara umumnya, bengkel ini berjalan dengan lancar dan banyak input serta output yang diperolehi dan disampaikan.

Pada 14 April 2009, semua ketua jabatan dan ketua modul telah menyampaikan segala strength, weakness, opportunity and threat untuk setiap posting dan modul mereka. Mereka juga telah mengutarakan beberapa cadangan penambahbaikan.

Pada 15 April 2009, sesi bengkel dimulakan dengan pembentangan wakil pelajar. Kami telah memaklumkan kepada mereka beberapa permasalahan pelajar dan juga segala komen dan cadangan penambahbaikan yang telah kami kumpul daripada semua pelajar.

Ternyata semua hadirin teruja dan berterima kasih atas komen-komen konstruktif yang telah kami utarakan. Sesi bengkel diteruskan dengan perbincangan dalam kumpulan mengikut tahun bagi membincangkan secara mendalam cadangan penambaikan posting dan modul.

Setelah itu, setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka. Banyak sesi soal jawab telah berlaku dan kami berpuas hati kerana cadangan-cadangan pelajar juga diambil kira.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pelajar yang telah memberikan input-input yang berguna untuk disampaikan dalam bengkel ini. Sesungguhnya buah fikiran anda mungkin menjadi sesuatu yang sangat berharga untuk generasi kita yang seterusnya.

p/s : Transkrip pembentangan akan dimuatnaik dalam masa seminggu (proses membuat traskrip ucapan ini memang mengambil masa yang panjang dan memerlukan penelitian).

MOHD FADHLI BIN MOHD FAUZI
YANG DIPERTUA
PERSATUAN MAHASISWA/I FAKULTI PERUBATAN UKM (PERSIAP)
SESI 2009/2010


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Logo PERSIAP

Logo UKM

Facebook PERSIAP

Perihal Blog

Blog ini telah dikendalikan oleh Exco Penerbitan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang petikan yang diambil daripada blog ini boleh diterbitkan semula dengan syarat kredit harus diberikan atas nama Persiap dan halaman web berkaitan. Sebarang komen yang bersifat provokasi melampau dan spam akan disingkirkan.

Kalendar

April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Statistik Pelawat

  • 110,999 hits

LETTERHEAD PERSIAP

Klik link di bawah untuk download file. Letterhead PERSIAP.doc

Format Kertas Kerja Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.

Format Laporan Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.
%d bloggers like this: