Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM

Home » Laporan Program / Aktiviti » Program : Lawatan Muhibah dari Fakulti Sains Perubatan USM

Program : Lawatan Muhibah dari Fakulti Sains Perubatan USM

Tarikh : 21 Mac 2009

Masa : 10.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi : Sekitar PPUKM

Lawatan ini disertai oleh 32 orang pelajar perubatan Tahun 2 dari Universiti Sains Malaysia (USM). Rombongan tiba di perkarangan PPUKM pada jam 10.00 pagi. Rombongan terus dibawa ke Dewan Kuliah 2. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Abdul Hadi bin Rosli (Wakil PERSIAP) dan wakil daripada Persatuan Sains Perubatan USM. Ia disusuli dengan ucapan Prof. Madya Dr. Mohd Shahrir bin Mohamed Said, Penasihat II PERSIAP sesi 2009/2010 dan sesi pengenalan persatuan masing-masing.

Majlis diteruskan dengan taklimat Le Tour de PPUKM dan pembahagian kumpulan. Rombongan dipecahkan kepada 3 kumpulan dan dibimbing oleh 8 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar perubatan UKM Tahun 3 iaitu : Abdul Hadi, Malik, Wan Nuruddin, Aina Mardiah, Noor Muslia, Ahmad Farhan Kamarudin, Mohd Zulfadli dan Kanit Tha.

Rombongan dibawa melawat tempat-tempat tertentu di PPUKMcontohnya Perpustakaan PPUKM, wad perubatan, wad obstetrik dan ginekologi, surgeri dan paediatrik. Selain itu, rombongan juga dibawa ke unit kemalangan dan kecemasan.

Selepas makan tengah hari, rehat dan solat Zohor, sesi interaksi dan diskusi dimulakan mengikut kumpulan masing-masing. Sesi ini memberi peluang untuk bertukar-tukar informasi tentang fakulti masing-masing serta pengalaman belajar di tahun klinikal dan juga aktiviti-aktiviti yang dianjur dan disertai di universiti serta fakulti masing-masing.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Shahrir bin Mohamed Said, Penasihat II PERSIAP sesi 2009/2010 dan penyampaian cenderamata. Lawatan diakhiri dengan minum petang dan sesi bergambar.

Rombongan bertolak pulang pada jam 5.00 petang.

KANIT THA DEANG

BENDAHARI KEHORMAT PERSIAP 2009/2010


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Logo PERSIAP

Logo UKM

Facebook PERSIAP

Perihal Blog

Blog ini telah dikendalikan oleh Exco Penerbitan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang petikan yang diambil daripada blog ini boleh diterbitkan semula dengan syarat kredit harus diberikan atas nama Persiap dan halaman web berkaitan. Sebarang komen yang bersifat provokasi melampau dan spam akan disingkirkan.

Kalendar

April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Statistik Pelawat

  • 110,950 hits

LETTERHEAD PERSIAP

Klik link di bawah untuk download file. Letterhead PERSIAP.doc

Format Kertas Kerja Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.

Format Laporan Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.
%d bloggers like this: