Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM

Home » Uncategorized » Program : Gerai Klinikal Fakulti Perubatan UKM Sempena Pesta Konvo UTM Ke-42

Program : Gerai Klinikal Fakulti Perubatan UKM Sempena Pesta Konvo UTM Ke-42

Lokasi : Padang Kawad PALAPES, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

Tarikh : 28 – 29 Mac 2009

PERSIAP telah dijemput untuk membuka gerai klinikal di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor pada 28 dan 29 Mac 2009 bersempena Pesta Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia ke-42.

Seramai 22 orang ahli PERSIAP telah menyertai gerai klinikal ini. Penyertaan adalah atas jemputan secara rawak kepada ahli-ahli PERSIAP tahun 3 dan 4 (tahun 3 diutamakan kerana sedang bercuti). Kriteria utama ialah tidak mengulang kertas peperiksaan O&G bagi pelajar tahun 3 kerana peperiksaan mereka sudah terlalu hampir. Pada mulanya pihak UTM hanya mengehadkan kepada 15 orang peserta sahaja namun telah ditambah kepada 22 orang setelah dimohon penambahan.

Kami telah bertolak ke UTM Skudai pada 27 Mac 2009 jam 5.00 petang dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan tiba di sana pada jam 10.30 malam.

Gerai Klinikal ini telah dibuka pada 28 dan 29 Mac 2009 dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam. Antara pemeriksaan kesihatan yang telah dilaksanakan ialah pengukuran indeks jisim tubuh (body mass index), pengukuran peratus taburan lemak dalam badan (body fat distribution), kumpulan darah (blood grouping), tahap glukosa dalam darah (blood glucose), tahap kolestrol dalam darah (blood cholestrol), tekanan darah (blood pressure) dan sesi kaunseling.

Sambutan orang ramai sangat menggalakkan. Dianggarkan sebanyak 300 orang pengunjung telah mengunjungi Gerai Klinikal PERSIAP sepanjang dua hari tersebut.

Kami pulang pada 30 Mac 2009 jam 12.30 tengahari dan tiba di PPUKM jam 5.00 petang.

Diharapkan agar pengalaman berguna daripada gerai klinikal ini dapat dkongsikan bersama ahli-ahli PERSIAP yang lain.

Terima kasih kepada ahli-ahli PERSIAP yang telah memberikan bantuan dan sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Gerai Klinikal ini.

MOHD FADHLI BIN MOHD FAUZI
YANG DIPERTUA PERSIAP 2009/2010


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Logo PERSIAP

Logo UKM

Facebook PERSIAP

Perihal Blog

Blog ini telah dikendalikan oleh Exco Penerbitan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang petikan yang diambil daripada blog ini boleh diterbitkan semula dengan syarat kredit harus diberikan atas nama Persiap dan halaman web berkaitan. Sebarang komen yang bersifat provokasi melampau dan spam akan disingkirkan.

Kalendar

April 2009
M T W T F S S
« Mar   May »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Statistik Pelawat

  • 110,999 hits

LETTERHEAD PERSIAP

Klik link di bawah untuk download file. Letterhead PERSIAP.doc

Format Kertas Kerja Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.

Format Laporan Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.
%d bloggers like this: