Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM

Home » Uncategorized » Bengkel Pemantapan Organisasi Persatuan Pelajar UKM Sesi 2009/2010

Bengkel Pemantapan Organisasi Persatuan Pelajar UKM Sesi 2009/2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 14 Mac 2009 jam 8.00 pagi – 6.00 petang telah berlangsung Bengkel Pemantapan Organisasi Persatuan Pelajar UKM Sesi 2009/2010 di Dewan Kayangan, Kelab Golf Danau, UKM yang dianjurkan oleh Bahagian Persatuan & Pengantarabangsaan, Pusat Perkembangan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia.

PERSIAP diwajibkan menghantar 3 orang wakil untuk menghadiri bengkel ini. PERSIAP telah diwakili oleh Mohd Fadhli bin Mohd Fauzi, Abdul Hadi bin Rosli dan Kanit Tha a/p Deang.

Bengkel ini telah menekankan beberapa aspek pengurusan organisasi iaitu :

1. Perlembagaan Penubuhan Kelab/Persatuan (Encik Zameri Ramli, Ketua Unit Pentadbiran, Jabatan Perkhidmatan Pelajar)

2. Pengurusan Kewangan Aktiviti Pelajar (Encik Misro bin Jerut, Ketua Penolong Bendahari Kanan, Jabatan Bendahari)

3. Protokol & Pengurusan Majlis Rasmi (Tuan Haji Razak Husin, Ketua Pejabat Perhubungan Awam & Korporat)

4. Kemahiran Generik Dalam Aktiviti Pelajar (Prof. Madya Dr. Kadderi Md. Desa, Timb. Pengarah, Bahagian Akademik & Kolej, Pusat Perkembangan Pelajar)

5. Teknik Penulisan Kertas Kerja & Surat Rasmi Dan Tatacara Perlaksanaan Aktiviti Pelajar (Puan Rosma Ayu Harun, Penolong Pendaftar Bahagian Persatuan & Pengantarabangsaan, Pusat Perkembangan Pelajar)

InsyaAllah maklumat-maklumat ini akan diturunkan kepada ahli-ahli PERSIAP bagi sama-sama memantapkan persatuan kita ini.

Harap maklum.

MOHD FADHLI BIN MOHD FAUZI

YANG DIPERTUA PERSIAP 2009/2010


2 Comments

  1. mantan PERSIAP says:

    Alhamdulillah, diharapkan siri ini akan membantu untuk memartabatkan kualiti perwakilan PERSIAP…

    Penting utk memastikan ilmu yang diperoleh turut disampai dengan jelas kpd individu & organisasi yang mengerakkan program PERSIAP…

    Dihrpkan kualiti mesyuarat & rekod ditingkatkan lagi sesi ini.

  2. PERSIAP says:

    Kepada mantan PERSIAP :
    InsyaAllah.
    Segala ingatan amat dihargai.
    Semoga objektif penubuhan PERSIAP dapat ditingkatkan pencapaiannya pada sesi ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Logo PERSIAP

Logo UKM

Facebook PERSIAP

Perihal Blog

Blog ini telah dikendalikan oleh Exco Penerbitan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang petikan yang diambil daripada blog ini boleh diterbitkan semula dengan syarat kredit harus diberikan atas nama Persiap dan halaman web berkaitan. Sebarang komen yang bersifat provokasi melampau dan spam akan disingkirkan.

Kalendar

March 2009
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Statistik Pelawat

  • 110,999 hits

LETTERHEAD PERSIAP

Klik link di bawah untuk download file. Letterhead PERSIAP.doc

Format Kertas Kerja Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.

Format Laporan Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.
%d bloggers like this: