Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM

Home » Uncategorized » Diskusi : Bagaimana Memantapkan Sistem ‘Buddy’?

Diskusi : Bagaimana Memantapkan Sistem ‘Buddy’?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sistem buddy merupakan satu sistem yang menghubungkan seseorang pelajar tahun 1 sehingga ke tahun 5.

Sistem ini telah diperkenalkan secara tradisi dan telah membawa banyak faedah kepada para pelajar.

Antara faedah-faedah tersebut ialah mengeratkan hubungan junior-senior, menggalakkan perbincangan ilmiah, membantu aspek pengurusan emosi dan sosial, memberi sumber buku rujukan dan lain-lain.

Namun yang demikian, tidak dinafikan sesetengah pelajar mengatakan sistem ini menyusahkan individu samada senior ataupun junior kerana terpaksa melayan buddy mereka.

Selain itu, acapkali kita mendengar bahawa sistem ini tidak terlaksana sebagaimana yang telah dirancang.

Malah ada pelajar yang langsung tidak mengetahui siapakah buddy mereka.

Walau bagaimanapun, setelah ditimbangtara dan disoalselidik secara rambang, sistem ini didapati mempunyai banyak faedah berbanding keburukkan.

Saya memohon jasa baik saudara/i sekalian untuk sama-sama memberi sumbangan idea bagaiman untuk memantapkan sistem ini bukan sahaja pada sesi 2009/2010 ini malah untuk masa akan datang.

Sumbangan saudara/i amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

YDP PERSIAP 2009/2010


5 Comments

  1. YM says:

    Sistem buddy tu kalao sama posting lagi bagus. Nie posting lain-lain, susah nak beri tunjuk ajar kalau bukan minta dari senior yang sesama posting. :P

    • PERSIAP says:

      Kepada YM :
      Saya minta maaf kerana tidak berapa memahami maksud “Sistem buddy tu kalao sama posting lagi bagus.”.
      Boleh saudara jelaskan dengan lebih lanjut?
      Terima kasih.

  2. YM says:

    Hmmph, macam mane nak jelaskan…
    Katakan kalau kita masuk posting surgery 3rd year, kan ada jugak senior 5th year kat surgery? Kan bagus kalau kita ketemukan 3rd year dan 5th year yang sama posting jadi buddy. 4th year dengan 5th year pun boleh juga sebab sama posting ain kali. Tapi, agak sukar jugak, nanti buddy terlalu banyak, nanti pilih kasih. muahaha…

    Oleh itu, sistem buddy lebih terlaksana semasa 1st year dan 2nd year. Tahun-tahun yang lain tu, ikut inisiatif sendiri je lar..

    Ini sebab yang juga senior ataupun junior yang kurang layan buddy. kekeke…

  3. responder says:

    Salam.

    Saya lihat sistem buddy ni membantu dari segi nak pinjam buku je. Kalau nak harap mereka duk study sama ngan kita, jawabnya tak ke mana lah dua-dua. Lagilah kalau lain posting.

    Kalau nak minta nasihat tu boleh juga rasanya. Sebab mereka sudah berpengalaman mengharungi sesuatu posting tu.

    Kalau time first year, mereka jadi sumber untuk mendapatkan info seperti jenis buku yang nak dibeli, tempat shopping yg best, tempat makan yg sedap, etc..

    Apapun, saya berpendapat eloklah sistem ini tidak dibubarkan kerana masih ada banyak hikmah di atas pelaksanaannya. Untuk menambah baik pelaksanaan, saya kurang pasti. =)

  4. PERSIAP says:

    Kepada YM dan responder :
    Terima kasih atas pandangan dan cadangan anda.
    InsyaAllah sistem ini akan diperbaiki pada sesi ini.
    Segala cadangan, komen, kritikan sangatlah dialu2kan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Logo PERSIAP

Logo UKM

Facebook PERSIAP

Perihal Blog

Blog ini telah dikendalikan oleh Exco Penerbitan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang petikan yang diambil daripada blog ini boleh diterbitkan semula dengan syarat kredit harus diberikan atas nama Persiap dan halaman web berkaitan. Sebarang komen yang bersifat provokasi melampau dan spam akan disingkirkan.

Kalendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Statistik Pelawat

  • 110,999 hits

LETTERHEAD PERSIAP

Klik link di bawah untuk download file. Letterhead PERSIAP.doc

Format Kertas Kerja Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.

Format Laporan Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.
%d bloggers like this: