Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM

Adalah dimaklumkan bahawa PERSIAP melalui Exco Penerbitan dan Multimedia telah memohon sebuah halaman web bawah domain UKMMC/UKM. Pihak pengurusan PPUKM telah membincangkan perkara tersebut dalam Mesyuarat Pengurusan Pusatr Perubatan UKM Bil. 31/2008 pada 22 Disember 2008 dan bersetuju dengan cadangan PERSIAP mewujudkan halaman web untuk diletakkan di bawah domain UKMMC/UKM.

.

Tujuan utama untuk memindahkan blog PERSIAP ke bawah domain UKMMC/UKM adalah untuk mewujudkan sebuah halaman web yang lebih rasmi dan berwibawa yang bergerak seiring dengan halaman web Pusat Perubatan UKM. Sebagai sebuah badan mahasiswa rasmi Fakulti Perubatan UKM, adalah wajar bagi PERSIAP menyebarkan wadah informasi melalui saluran rasmi di bawah PPUKM. Selain daripada itu, halaman web ini akan dapat memberi publisiti dan maklumat kepada warga PPUKM berkenaan PERSIAP.

.

Oleh yang demikian, organisasi PERSIAP yang akan datang selepas Mesyuarat Agung Tahunan sabtu ini akan menguruskan pemindahan blog ini kepada halaman web yang baru di bawah domain UKMMC/UKM. Adalah diharapkan agar halaman web PERSIAP dapat terus diuruskan dengan lancar dan jayanya.

.

Sekian. Terima kasih.

.

p/s : Anda semua dijemput (diwajibkan) hadir ke AGM PERSIAP kali ke-34 di auditorium PPUKM pada 17 Januari 2009 bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Marilah bersama-sama bermusyawarah dan menyumbang idea, kritikan dan sumbangan bagi memantapkan lagi prestasi PERSIAP. Bantulah PERSIAP untuk membantu anda.

.

Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan

Universiti Kebangsaan Malaysia


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Logo PERSIAP

Logo UKM

Facebook PERSIAP

Perihal Blog

Blog ini telah dikendalikan oleh Exco Penerbitan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang petikan yang diambil daripada blog ini boleh diterbitkan semula dengan syarat kredit harus diberikan atas nama Persiap dan halaman web berkaitan. Sebarang komen yang bersifat provokasi melampau dan spam akan disingkirkan.

Kalendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Statistik Pelawat

  • 110,999 hits

LETTERHEAD PERSIAP

Klik link di bawah untuk download file. Letterhead PERSIAP.doc

Format Kertas Kerja Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.

Format Laporan Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.
%d bloggers like this: