Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM

Home » Uncategorized » Berita : OPKIM dekatkan siswa dengan Masyarakat

Berita : OPKIM dekatkan siswa dengan Masyarakat

FELDA KEMAHANG – Operasi Khidmat Masyarakat 2008/2009 (OPKIM) dekatkan penuntut Uni-versiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan komuniti Felda Kemahang dalam usaha memenuhi tanggung-jawab sosial.

Ketua Pengarah OPKIM, Muham-mad Zolkifli berkata, program berkenaan dijalankan sebagai satu sumbangan sosial siswa jurusan perubatan dalam mendekati masyarakat luar bandar.

“Seramai 102 penuntut tahun tiga terlibat dan ia pertama kali menggabungkan dua jurusan iaitu perubatan dan kejururawatan serta penyertaan paling ramai setakat ini.

“Peserta program berkampung selama empat hari bermula 11 hingga 14 Disember di Felda Kemahang 1 melalui program anak angkat,” katanya.

Menurutnya, program itu juga bertujuan membina ikatan ukhuwah dan kemahiran globalisasi antara penuntut dengan warga tempatan.

“Aktiviti sebegini memang perlu bagi menimba lebih banyak pengala-man dan memberi ruang kepada mereka untuk memahami cara hidup penduduk di sini,” katanya.

Katanya, program bertemakan “Bakti Ditabur Budi Disemai ” memberi peluang peserta menghargai alam sekitar di samping menyalurkan maklumat mengenai jurusan perubatan dan kejururawatan kepada masyarakat luar bandar.

Selain itu Muhammad berkata, kerjasama badan-badan kerajaan lain membuka peluang kepada mahasiswa untuk terlibat dalam organisasi pelaksanaan bagi meningkatkan ciri-ciri komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan.

Dipetik daripada Sinar Harian


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Logo PERSIAP

Logo UKM

Facebook PERSIAP

Perihal Blog

Blog ini telah dikendalikan oleh Exco Penerbitan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang petikan yang diambil daripada blog ini boleh diterbitkan semula dengan syarat kredit harus diberikan atas nama Persiap dan halaman web berkaitan. Sebarang komen yang bersifat provokasi melampau dan spam akan disingkirkan.

Kalendar

December 2008
M T W T F S S
« Nov   Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Statistik Pelawat

  • 111,010 hits

LETTERHEAD PERSIAP

Klik link di bawah untuk download file. Letterhead PERSIAP.doc

Format Kertas Kerja Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.

Format Laporan Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.
%d bloggers like this: