Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM

Home » Uncategorized » Berita : UKM rintis sejarah bedah buta kornea

Berita : UKM rintis sejarah bedah buta kornea

KUALA LUMPUR: Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menjalankan satu pembedahan memulihkan penglihatan seorang bekas anggota polis melalui pembedahan Osteo-Odonto Keratoprosthesis (OOKP).

Pakar Perunding Bedah Mulut dan Maksilofasial PPUKM, Prof Madya Dr Roszalina Ramli, berkata pembedahan itu adalah yang pertama di Malaysia dan membuktikan pakar perubatan tempatan mampu bersaing dengan pakar lain di dunia.

Dr Roszalina berkata, kejayaan pembedahan itu harus dibanggakan kerana hanya 10 hingga 15 kumpulan pakar seluruh dunia berjaya melakukan operasi pembedahan OOKP itu kerana ia berisiko tinggi.

“Pembedahan OOKP ini kita lakukan dua peringkat dengan peringkat pertama dilaksanakan pada Januari, manakala peringkat kedua pada April lalu.

“Bagi peringkat pertama, kita mengeluarkan gigi pesakit paling sihat dan bentukkan gigi itu dengan bentuk tertentu sebelum memasukkan kanta di tengah gigi terbabit.

“Bersama gigi itu, kita turut mengeluarkan tisu tulang bersama tisu penyokong lain dan menyimpannya pada kiri mata yang tidak berfungsi kerana tidak mahu sebarang gangguan di sebelah kanan mata yang ingin dibedah,” katanya pada sidang media kejayaan pembedahan itu di PPUKM, di sini, semalam.

Turut hadir Pakar Perunding Kanan PPUKM, Prof Dr Raymond Azman Ali; Pakar Perunding Oftalmologi PPUKM, Dr Then Kong Yong, dan pesakit yang menjalani pembedahan itu, Lans Koperal Dunya Enchana.

Katanya, pada peringkat kedua pembedahan, gigi yang disimpan pada bahagian kiri mata dikeluarkan manakala bahagian dalam pipi diambil bagi mengganti selaput mata putih dan akan ditanam dengan gigi serta kanta pada kanan mata.

Bagi Dunya, operasi itu memberi sinar baru dalam hidupnya selepas disimbah asid pada Ogos 2006 oleh remaja yang berdendam dengan rakan setugasnya ketika ditahan akibat mencuri.

Beliau yang berasal dari Miri berkata, akibat kejadian itu kedua matanya menjadi buta sehingga menyukarkan pergerakannya dan terpaksa bergantung kepada isteri dan anak tunggalnya untuk menjalani kehidupan seharian.

“Saya bersyukur kerana akhirnya boleh melihat kembali setelah mendapatkan rawatan di lebih lima buah hospital seluruh negara. Selepas pembedahan ini, saya boleh melihat semula dan tidak memerlukan bantuan untuk berjalan atau menguruskan diri,” katanya.

Sumber : Berita Harian; 18 November 2008


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Logo PERSIAP

Logo UKM

Facebook PERSIAP

Perihal Blog

Blog ini telah dikendalikan oleh Exco Penerbitan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang petikan yang diambil daripada blog ini boleh diterbitkan semula dengan syarat kredit harus diberikan atas nama Persiap dan halaman web berkaitan. Sebarang komen yang bersifat provokasi melampau dan spam akan disingkirkan.

Kalendar

November 2008
M T W T F S S
« Oct   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Statistik Pelawat

  • 111,010 hits

LETTERHEAD PERSIAP

Klik link di bawah untuk download file. Letterhead PERSIAP.doc

Format Kertas Kerja Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.

Format Laporan Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.
%d bloggers like this: