Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM

Home » Uncategorized » Merdeka!

Merdeka!

LOGO

Logo sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini dengan slogan ‘Perpaduan Teras Kejayaan’ dicipta oleh seorang artis bernama Anuar Dan. Menurut penjelasan rasmi, logo ini diilhamkan daripada “ikatan tiga figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ‘Perpaduan Teras Kejayaan’. “Tiga ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara” yang mewakili pelbagai kaum mencapai kejayaan dalam perpaduan. Di logo sambutan kemerdekaan itu, merah membawa makna “keberanian rakyat”, putih (kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia), biru (perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia), manakala kuning (sistem beraja dan Yang di-Pertuan Agong).

MIRIP

Menurut Malaysiakini, artis itu mengakui “50 peratus” logo sambutan kemerdekaan itu diambil daripada lambang produk terbaik Taiwan. Lambang itu dirujuk sebagai bahan kajiannya sebelum menghasilkan logo ‘Perpaduan Teras Kejayaan’, katanya. Anuar menjelaskan, beliau memasukkan idea-ideanya sendiri untuk mencipta logo sambutan itu.

Menurut Malaysiakini lagi, logo sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-51 didakwa mirip logo anugerah produk cemerlang yang diberikan oleh kementerian hal-ehwal ekonomi Taiwan. Logo tiga warna utama Jalur Gemilang yang memenangi hadiah RM10,000 berbeza sedikit daripada lambang anugerah Taiwan, yang serba merah, apabila ia memuatkan tiga bulatan kecil di tengah-tengahnya. Sisi-sisi reka bentuk itu juga (foto atas, kiri) lebih bulat berbanding logo Taiwan itu. Dengan kerjasama Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA), produk-produk yang cemerlang dari negara itu ditampalkan dengan logo anugerah itu setiap tahun sejak 2003. Bersama logo merah itu yang telah didaftarkan sebagai cap dagang, produk terbaik republik itu bertulis “It’s very well. Made in Taiwan.”


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-51


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Logo PERSIAP

Logo UKM

Facebook PERSIAP

Perihal Blog

Blog ini telah dikendalikan oleh Exco Penerbitan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang petikan yang diambil daripada blog ini boleh diterbitkan semula dengan syarat kredit harus diberikan atas nama Persiap dan halaman web berkaitan. Sebarang komen yang bersifat provokasi melampau dan spam akan disingkirkan.

Kalendar

August 2008
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Statistik Pelawat

  • 110,999 hits

LETTERHEAD PERSIAP

Klik link di bawah untuk download file. Letterhead PERSIAP.doc

Format Kertas Kerja Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.

Format Laporan Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.
%d bloggers like this: