Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM

Home » Maklumat Umum » Sistem Meletak Kereta di KTDI

Sistem Meletak Kereta di KTDI

Sumber : http://ktdiukm.wordpress.com

“Assalamualaikum dan salam sejahtera,Beberapa hari yang lalu, wakil JAKSA telah bermesyuarat dengan pihak PPUKM berhubung

sistem meletak kereta di kolej.

Beberapa peraturan telah dikeluarkan oleh pihak keselamatan berhubung sistem parking termasuk di KTDI.

Pertama, InsyaAllah,

selepas 15 mei, petak letak kereta KTDI akan dikhaskan hanya untuk pelajar sahaja iaitu yang berpelekat K.

Pelekat kereta selain daripada K tidak akan dibenarkan sama sekali meletakkan kereta di kawasan kolej. Oleh kerana ada pihak yang telah menyalahgunakan  pelekat kereta J, pihak PPUKM akan menukarkan pelekat letak kereta pelajar kepada sticker K. Pengeluaran sticker kereta ini akan dihadkan untuk PELAJAR sahaja dan juga dihadkan untuk PELAJAR yang mempunyai kereta yang diparking di kolej. Saya memohon jasa baik pelajar yang tidak membawa kereta agar tidak mengambil sticker kereta pelajar utk diberi kepada ahli keluarga atau orang lain. Ini adalah kerana, petak letak kereta parking adalah sangat terhad dan sticker hanya akan dikeluarkan mengikut bilangan tempat letak kereta yang ada sahaja.
Sebaik sahaja pelekat kereta dikeluarkan, makluman akan dibuat kepada semua pelajar.

Kedua,

terdapat beberapa kawasan yang akan diwartakan sebagai kawasan larangan parking iaitu:

(i) kawasan yang tiada petak kuning; walaupun hanya dibahu jalan. Pelajar yang mempunyai kereta diminta memanfaatkan petak kuning yang ada.

Kegagalan untuk mematuhi arahan ini akan dikenakan saman. 2 minggu diberi kepada semua utk mematuhi arahan ini. Selepas 2 minggu, “clamp” akan digunakan oleh pihak keselamatan.

(ii) Kawasan disebelah surau dan rumah pengetua.

Berdekatan dengan blok C. Bermula daripada bawah sampai ke atas. Kawasan ini akan diletakkan papan tanda larangan parking kecuali untuk kakitangan.

(iii) Kawasan dibelakang blok B, bermula daripada sebelah parking motor sehingga ke bahagian atas. Kawasan ini perlu dikosongkan dan akan diwartakan sebagai laluan bomba sahaja.(sila rujuk pelan parking yang telah ditampal di papan kenyataan).

Ketiga,

terdapat aduan pelajar yang menyatakan kesukaran ibu bapa utk menziarahi anak-anak di kolej memandangkan hanya kereta berpelekat sahaja yang dibenarkan masuk. Bagi menyelesaikan perkara ini, pelajar akan diberi “kad pelawat” kepada semua pelajar utk diberikan kepada ahli keluarga yang ingin menziarahi anak-anak. Ibu bapa yang hadir bersama kad ini akan dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan. Kad ini boleh didapati di pejabat kolej.

Keempat,

bagi yang menaiki teksi, pelajar diminta menunjukkan kad matriks kepada pengawal keselamatan dan mereka akan membenarkan teksi menghantar anda sampai ke dalam kolej.

Makluman ini adalah untuk mengelakkan pelajar daripada dikenakan tindakan oleh pihak keselamatan nanti. Mohon kerjasama untuk dipatuhi. Sebarang masalah, boleh merujuk kepada YDP JAKSA. InsyaAllah, kami sedia membantu dan mendengar aduan anda. terima kasih.

sila sebarkan.

sumber: YDP JAKSA KTDI 08/09

Harap maklum.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Logo PERSIAP

Logo UKM

Facebook PERSIAP

Perihal Blog

Blog ini telah dikendalikan oleh Exco Penerbitan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang petikan yang diambil daripada blog ini boleh diterbitkan semula dengan syarat kredit harus diberikan atas nama Persiap dan halaman web berkaitan. Sebarang komen yang bersifat provokasi melampau dan spam akan disingkirkan.

Kalendar

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Statistik Pelawat

  • 110,950 hits

LETTERHEAD PERSIAP

Klik link di bawah untuk download file. Letterhead PERSIAP.doc

Format Kertas Kerja Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.

Format Laporan Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.
%d bloggers like this: