Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM

Home » Laporan Program / Aktiviti » Laporan : Lawatan ke Fakulti Perubatan UKM Kampus KL oleh SMK Raja Lumu

Laporan : Lawatan ke Fakulti Perubatan UKM Kampus KL oleh SMK Raja Lumu

Tarikh : 30 April 2008

Masa : 10.30 pagi – 4.00 petang

Tempat : Fakulti Perubatan UKM Kampus KL

Lawatan ini disertai oleh 39 orang pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 serta 2 orang guru pengiring dari SMK Raja Lumu. Rombongan sekolah tersebut tiba di Fakulti Perubatan Kampus KL pada lebih kurang jam 10.30 pagi. Rombongan terus dibawa melawat muzium anatomi dan diberi penerangan serba sedikit berkenaan anatomi oleh staf jabatan anatomi. Kemudian rombongan tersebut dijamu dengan sedikit jamuan ringan dan seterusnya diberi taklimat oleh En Azmi bin Kasim di Dewan T1BE. Majlis taklimat telah dipengerusikan oleh saudari Farih Najihah. Pada jam 12.30 tengahari, rombongan dibawa melawat Perpustakaan Dr Abdul Latiff dengan bimbingan dua orang kakitangan perpustakaan. Selepas solat Zuhur, rombongan sekolah ini telah diberi penerangan dengan lebih lanjut berkenaan bidang doktor perubatan oleh Dr Norfilza (terima kasih doktor!) di Dewan Kuliah 1 ketika sesi interaktif disusuli dengan sesi soaljawab. Pada jam 3 petang, rombongan telah dipecahkan kepada 7 kumpulan dan dibimbing oleh 7 orang fasilitator (terima kasih kepada wan nuruddin, farih najihah, farahwahida, azizuddin, kanit, sethu, muhaimin) bagi memberi peluang kepada mereka untuk bertanyakan dengan lebih lanjut pengalaman sebagai pelajar perubatan selain daripada tips-tips belajar. Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai dan autograf sebagai kenangan. Rombongan bertolak pulang pada jam 4.00 petang.

p/s : gambar-gambar berkaitan lawatan ini akan dimuatnaik sebelum 12 Mei 2008.

EPM PERSIAP


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Logo PERSIAP

Logo UKM

Facebook PERSIAP

Perihal Blog

Blog ini telah dikendalikan oleh Exco Penerbitan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang petikan yang diambil daripada blog ini boleh diterbitkan semula dengan syarat kredit harus diberikan atas nama Persiap dan halaman web berkaitan. Sebarang komen yang bersifat provokasi melampau dan spam akan disingkirkan.

Kalendar

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Statistik Pelawat

  • 110,950 hits

LETTERHEAD PERSIAP

Klik link di bawah untuk download file. Letterhead PERSIAP.doc

Format Kertas Kerja Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.

Format Laporan Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.
%d bloggers like this: