Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan UKM

Home » Tahun 2 » KTDI : Tahun 3 Sesi 2008/2009

KTDI : Tahun 3 Sesi 2008/2009

Selamat sejahtera.

Maklumat ini adalah daripada Jaksa KTDI. Dimaklumkan bahawa kuota penempatan di dalam KTDI bagi pelajar lelaki tahun 3 2008/2009 (tahun 2 2007/2008) adalah seramai 60 orang manakala perempuan ialah 100 orang. Dan ada juga kemungkinan jumlah ini akan berkurangan. Senarai nama akan dikeluarkan paling awal ialah pada 1 Mei 2008 atau selewat-lewatnya ketika mendaftar. Saya juga dimaklumkan boleh pilih bilik ketika mendaftar berdasarkan prinsip “siapa cepat, dia dapat”. Namun dinasihatkan agar tidak datang survey awal-awal kerana bilik kosong akan diisi oleh pelajar tahun 4 dan 5 sesi 2008/2009 terlebih dahulu.

Anda hanya dibenarkan mendaftar diri anda sahaja pada 9 Mei 2008 (tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan ke kawasan kolej). Anda perlu meminta surat kebenaran ketika mendaftar bagi membawa masuk kenderaan anda ke kawasan kolej pada 10 Mei 2008 untuk tujuan mengangkut barang-barang anda.

Lori dari KTSN akan beroperasi pada 10 Mei 2008 jam 10.00 pagi di KTSN 1, 2, 5, 6.

Kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah tidak dapat akses ke laman web http://www.ukm.my/upp bagi tujuan mengesahkan penerimaan penempatan ke KTDI, sila datang mendaftar kolej pada 9 Mei 2008 itu juga dan maklumkan masalah anda itu ketika mendaftar.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat KTDI 03-91456270.

Harap maklum.

EPM PERSIAP


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Logo PERSIAP

Logo UKM

Facebook PERSIAP

Perihal Blog

Blog ini telah dikendalikan oleh Exco Penerbitan dan Multimedia Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebarang petikan yang diambil daripada blog ini boleh diterbitkan semula dengan syarat kredit harus diberikan atas nama Persiap dan halaman web berkaitan. Sebarang komen yang bersifat provokasi melampau dan spam akan disingkirkan.

Kalendar

April 2008
M T W T F S S
    May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Statistik Pelawat

  • 110,999 hits

LETTERHEAD PERSIAP

Klik link di bawah untuk download file. Letterhead PERSIAP.doc

Format Kertas Kerja Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.

Format Laporan Program UKM

Klik link di bawah untuk download file.
%d bloggers like this: