SOALAN LAZIM : AMBANG WARISAN MESRA DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-35 PERSIAP

AMBANG WARISAN MESRA DAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-35 PERSIAP (AWM35)

SOALAN LAZIM

Apa beza Ambang Warisan Mesra (24 Oktober 2009) dan Warisan Mesra (9 Januari 2010)?

Program Warisan Mesra merupakan aktiviti tahunan PERSIAP. Pada tahun ini, PERSIAP merancang untuk mengadakan Majlis Makan Malam yang menggabungkan pelajar tahun 1-5 dan juga pensyarah yang berminat. Oleh sebab masalah ketiadaan dewan untuk majlis ini pada 24 Oktober 2009, maka ia terpaksa ditangguhkan ke 9 Januari 2010 iaitu sehari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan PERSIAP. Apabila program ini ditangguhkan, maka PERSIAP harus mencari satu program alternatif yang dapat menghubungkan pelajar tahun 1-5 pada 24 Oktober 2009. Pemilihan nama AMBANG WARISAN MESRA dianggap sesuai kerana ia merupakan prelude kepada Warisan Mesra yang asal.

Apakah pengisian program AWM35 ini?

Program ini merangkumi futsal (lelaki), bola jaring (wanita), sesi bebas bersama buddy, explorace, ucaptama oleh Dato’ Amir Abbas (Dekan Fakulti Perubatan UKM pertama), pelancaran modul kemaskini sistem buddy, pelancaran logo BBA, pelancaran program Warisan Mesra 9 Januari 2010 dan forum yang mengupas gaya belajar berkonsepkan PBL serta sikap pelajar oleh dua professor berwibawa iaitu Prof Dr Nabishah Mohamad dan Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.. Pelajar dari KTSN diminta tidur di bilik buddy klinikal mereka di KTDI. Pengetua KTDI telah memberi kebenaran untuk perkara ini. Maaf kerana tiada majlis makan diadakan. Pelajar diminta membeli makanan di kafetaria sendiri. Majlis makan akan diadakan pada 9 Januari 2010.

Apakah objektif AWM35 ini?

Objektif utama ialah untuk menghubungkan pelajar tahun 1-5. Kayu ukur kejayaan program ini ialah setiap pelajar mengenali ahli setiap line buddy mereka dari tahun 1-5. Jika sebelum ini ada pelajar yang langsung tidak mengenali buddy mereka, jadi program ini diharapkan dapat mengubah situasi yang meruncing kini. Sekiranya objektif ini tercapai, pelajar seterusnya dapat bersimbiosis bersama buddy dalam memacu kejayaan bersama bukan sahaja ketika belajar malah apabila bekerja kelak.

Adakah program ini wajib dan berbaloi untuk dihadiri?

PERSIAP TIADA KUASA untuk mengheret pelajar menyertai mana-mana program. Dari pihak PERSIAP, kami telah menempah pengangkutan bas untuk pelajar dari KTSN, Hospital Teluk Intan dan Hospital Slimriver kerana PERSIAP sangat mengharapkan semua pelajar dapat hadir program ini. Bukan mudah untuk menganjurkan program sebegini bagi mencapai objektif murni yang disasarkan. PERSIAP berharap agar setiap pelajar dapat sama-sama hadir dan menjayakannya terutamanya program explorace kerana subprogram inilah yang menjadi kunci pencapaian objektif tersebut.

“Kita adalah PERSIAP dan PERSIAP adalah kita”

Leave a Reply