Hari ini sekali lagi para pelajar dikumpulkan bagi mendengar taklimat atau maklumat terkini mengenai kes yang berlaku di K1 KTSN. Hari ini, Timbalan Naib Canselor(TNC), Datuk Dr. Mohammad Abdul Razak turut serta untuk menyampaikan taklimat kepada para pelajar diiringi bersama pengetua kolej, Dr. Rozita dan Encik Alau. Perjumpaan diadakan di kafeteria lebih kurang pada pukul 4.30 petang.
Menurut beliau, memang terdapat kes positif H1N1 di KTSN tetapi tidak dinyatakan bilangan sebenarnya. Oleh itu, pihak kolej mengambil langkah “institutional quarantine” yang mana semua pelajar akan dikuarantin di dalam kolej dan tidak dibenarkan keluar selama 1 minggu. Ini kerana jika pulang ke rumah mungkin akan membahayakan keluarga di rumah dan tiada orang yang akan memantau keadaan anda jika berada di luar kolej.
Menurut beliau rawatan untuk penyakit ini adalah “tenang dan jangan panik”. Beliau mengulang ayat ini sebanyak 3 kali. Tambah beliau lagi, tempoh kuarantin tidak akan dipanjangkan dan jika keadaan ini berulang lagi pada masa akan datang, kuarantin tidak akan diadakan lagi tetapi tindakan lain yang akan diambil.
Kelas untuk sepanjang minggu ini dibatalkan dan sebarang perubahan jadual akan diuruskan oleh dekan fakulti masing-masing. Jika ada keluarga yang ingin melawat anda adalah dibenarkan tetapi dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal dan memakai topeng muka.
Beliau juga mengingatkan para pelajar supaya memahami keadaan yang berlaku dan tidak merungut kerana keadaan kita di kolej adalah lebih memuaskan berbanding dengan orang lain yang dikuarantin di luar sana.
Sementara itu, PERSIAP telah membekalkan topeng muka untuk semua pelajar perubatan sebagai inisiatif untuk mengelakkan wabak ini daripada merebak. Anda boleh mendapatkan topeng muka ini daripada Khairul bagi lelaki dan Ufairah bagi wanita.
dipetik daripada http://suarabba0813.blogspot.com
Filed under: Uncategorized


Semua ahli PERSIAP dijemput menyertai Facebook PERSIAP. Anda hanya perlu mempunyai laman Facebook sendiri dan kemudian cari (search) nama PERSIAP UKM. Informasi lebih mudah dan berkesan apabila mempunyai banyak sumber penyampaian.





i know the outbreak of H1N1 in kt is a disaster to all of us.. but why we treat it as a test for our maturity and responsibility? some of us decided to come back to kt from fac once we heard the news that kt was going to be closed for one week. However some of us just decided to escape from kt back to their home..they know they might carry the virus, and might spread it to their family.. so they promised they will quarantine themselves in a room away from the family… but they never think or don bother about spreading the virus to the public who shared the same public transport with them on the way back. Those public maybe an elderly with COPD,who could develop pneumonia or a baby who could develop encephalitis once they are infected with H1N1. They r adult, they r not prisoners, we have not right to confine them in the kt, they r just too scared to be trapped in kt. So, this is the moment for the authority to think about the word “compulsory quarantine”, we r trying to produce a bunch of obedient ukm students who will only follow the order or a group of aggressive students who will break the law. We should train our students to have critical thinking, able to think about their action and be responsible for it.. therefore, We should have an “optional quarantine” for kt. This can prevent any unneeded panic among students, more flexible and train student to make their on decision whether stay or not to stay…….
Lai :
Maaf. Saya terlepas pandang komen ini. Maaf sangat2
.
Saya hargai pandangan saudara/i.
Maafkan saya kerana mempunyai perbezaan pendapat. ‘Optional quarantine’ mungkin tidak berapa berkesan dalam menghalang pelajar daripada memahami tujuan kuarantin dan juga panik. Seperti yang saudara/i katakan, pelajar memerlukan pemikiran kritis untuk memikirkan dan membezakan antara yang baik dan yang buruk. Namun begitu, tidak semua keadaan membenarkan pelajar membuat pilihan 100%. Terdapat beberapa keadaan yang perlu ‘rigid’ atas sebab tidak semua memiliki pemikiran kritis ini. Itulah pentingnya pendidikan dan kempen kesihatan untuk mendedahkan fakta2 penting melibatkan H1N1 ini.
PERSIAP akan terus menjaga kebajikan pelajar2 perubatan ukm. beberapa perkara yang telah PERSIAP laksanakan berkaitan isu H1N1 ini ialah bekalan topeng muka dan juga ceramah H1N1 di PPUKM (maaf tak dapat buat di KTSN). Sekiranya ahli2 PERSIAP sekalian memerlukan bantuan, jangan malu jangan segan untuk menghubungi exco dan mt persiap.
Sekali lagi, saya mohon maaf atas perbezaan pendapat ini. Saya hargai pendapat saudara/i. Perbezaan itu tidaklah salah kerana ia menggalakkan percambahan dan perkongsian ilmu.
Harap maklum.
Mohd Fadhli bin Mohd Fauzi
YDP PERSIAP