Program : Pameran Fakulti Perubatan

Tarikh : 7 & 8 Februari 2009

Lokasi : SMK Tengku Temenggung Ahmad, Kundang Ulu, Muar

Pada 4 Mac 2009, PERSIAP telah diberi amanah oleh Dekan dan Pengarah PPUKM iaitu Prof Dato’ Dr Lokman Saim untuk menjalankan Pameran Fakulti Perubatan di SMK Tengku Temenggung Ahmad, Kundang Ulu, Muar sempena program UKM-Masyarakat di Kundang Ulu.

Kami telah berbincang dengan Prof Dato Dr Lokman Saim berkenaan program ini.

Kami diminta menghantar 4-5 orang wakil bersama pelajar kejururawatan untuk melaksanakan program tersebut.

Alhamdulillah.

Segalanya berjalan lancar.

Malah jumlah pelajar yang berjaya direkrut adalah dua kali ganda daripada yang diminta oleh Prof Lokman walaupun musim peperiksaan hampir tiba.

Wakil pelajar perubatan ialah Mohd Fadhli, Mohd Zulfadli, Mohd Fekri, Noor Masita, Noor Adibah dan Nurulina.

Manakala program kejururawatan diwakili oleh 4 orang pelajar dan 1 tutor.

Mohon maaf kerana tidak mewar-warkan secara meluas atas sebab kesuntukan masa dan kesukaran untuk memilih sekiranya ramai yang berminat dalam masa 4 hari.

Segala urusan pameran telah diuruskan sendiri oleh kami dan dengan bantuan Prof Lokman, urusan ini menjadi lebih mudah.

Terima kasih kepada individu-individu yang telah membantu samaada secara langsung ataupun secara tidak langsung.

Oleh sebab penginapan di sana telah penuh, kami telah berulang-alik dari PPUKM dan Kundang Ulu selama dua hari dengan menaiki van PPUKM.

Kami telah mengadakan pameran yang merangkumi syarat-syarat kemasukan ke program doktor perubatan dan kejururawatan, demonstrasi CPR dan choking, serta tayangan video.

Pada 7 Mac 2009, jumlah pengunjung ke program ini tidak berapa memberangsangkan.

Pada 8 Mac 2009, jumlah peserta sangat memuaskan dan pameran kami tidak putus-putus dikunjungi oleh pengunjung terutamanya pelajar sekolah.

Secara umumnya, pameran Fakulti Perubatan ini amat berjaya dan berjaya menarik ramai pengunjung.

Semoga program ini memberi banyak manfaat bukan sahaja kepada para pengunjung malah kepada para pelaksana.

PERSIAP

image34971

Persiapan tempat pada 7 Mac 2009

image3555

Demonstrasi CPR oleh Adibah dan Nurulina

image35901

Bergambar bersama Prof Lokman Saim pada 8 Mac 2009

Dari kiri (pelajar doktor perubatan) : Masita, Nurulina, Adibah, Fekri, Fadhli

MOHD FADHLI BIN MOHD FAUZI

YANG DIPERTUA PERSIAP 2009/2010

One Response

  1. salam dari mohd shahrill ramzi

Leave a Reply