Makluman : Pembatalan Penerbitan Buku Biodata

Salam sejahtera.

Seperti yang telah dinyatakan dalam laporan Mesyuarat Agung Tahunan PERSIAP kali ke-34 yang lepas, penerbitan buku biodata menghadapi kesulitan dengan syarikat penerbitan. Dan tempoh yang diberi iaitu sehingga akhir Februari telah pun lepas.

Oleh yang demikian, penerbitan buku ini akan dibatalkan.

Dan kami telah merancang untuk menerbitkan MEDIKA iaitu melalui DVD sahaja pada sesi ini (kos masih belum diketahui).

Kami akan memulangkan wang RM7.00 yang dikutip untuk buku biodata tersebut selewatnya2 Jun 2009 atas sebab cuti dan peperiksaan.

Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa buku biodata kerana bertungkus lumus mengumpul data2 pelajar walaupun tidak dapat diterbitkan. Data2 yang anda kumpulkan ini sesungguhnya memudahkan penerbitan MEDIKA sesi ini.

Harap maklum.

Leave a Reply