RSS

LAPORAN PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2008

24 Dec

Program OPKIM telah berlangsung dengan jayanya pada 10-14 Disember 2008 yang lepas bertempat di Felda Kemahang 1, Tanah Merah, Kelantan. Bertemakan “Bakti ditabur,budi disemai”, program ini disertai seramai 101 orang pelajar yang terdiri daripada 77 orang pelajar perubatan dan 24 orang pelajar kejururawatan Tahun 3 berserta 2 orang pengiring daripada fakulti kejururawatan.

.

Perjalanan kami ke Kelantan bermula pada jam 8.30 malam, setelah menerima taklimat ringkas daripada Majlis tertinggi, Pemantau, Penasihat OPKIM, dan diikuti oleh bacaan doa. Sebanyak 3 buah bas digunakan untuk program ini. Setelah hampir 8 jam perjalanan, kami tiba di perkarangan Masjid Tanah Merah dan menunaikan solat subuh disana.

.

Kami tiba di Felda Kemahang 1 pada jam 8.00 pagi, 11 Disember 2008, dan disambut meriah dengan majlis perasmian program oleh penduduk disana. Program ini telah dirasmikan oleh Dr Hasni bin Jaafar,Doktor Pensyarah di Jabatan Kesihatan Masyarakat, PPPUKM. Majlis kemudiannya diteruskan dengan pengagihan anak angkat dan sarapan pagi.

.

Memandangkan hari tersebut jatuh pada hari ke-4 Hari raya Aidiladha,aktiviti pertama yang kami jalankan di Felda Kemahang ialah Korban Perdana, yang bermula seawal 10.30 pagi lagi dan seekor lembu telah dikorbankan pada hari tersebut. Ianya diikuti dengan aktiviti melapah daging korban, yang melibatkan penduduk kampung dan pelajar lelaki. Sementara itu, pelajar perempuan pula terlibat dengan aktiviti memasak makanan kenduri yang diadakan pada sebelah malam. Kebanyakan waktu yang diluangkan bersama penduduk kampung dimanfaatkan untuk mengenal dengan lebih dekat lagi cara hidup penduduk di Kelantan, terutamanya dari segi dialek bahasa Kelantan dan cara masakan mereka. Dan tentunya bagi 6 orang pelajar bukan Islam yang turut serta dalam program ini, mereka dapat mendapat gambaran yang lebih jelas tentang kehidupan masyarakat melayu di Kelantan dan juga aktiviti Korban itu sendiri.

.

Pada sebelah malamnya, kami telah menunaikan solat secara berjemaah,diikuti solat hajat,bacaan yassin dan ceramah ringkas daripada Tuan Imam bertempat di Masjid Felda Kemahang 1. Majlis kemudiannya diteruskan dengan jamuan makan yang telah disediakan sedari tengahari lagi.

.

Khidmat bakti kami diteruskan lagi pada hari kedua, dimana 2 program utama berlangsung serentak,iaitu gerai klinikal dan program motivasi. Gerai klinikal telah diadakan di dewan besar Felda di mana sambutan daripada penduduk amat menggalakkan dan ternyata mereka prihatin terhadap kondisi kesihatan masing-masing. Program motivasi sekolah rendah pula telah diadakan di Sekolah Rendah Felda Kemahang 1, manakala program motivasi sekolah menengah pula diadakan di Dewan Belia. Bertemakan “Sapo ghoyak kito tokleh”, program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi keyakinan pelajar-pelajar untuk berjaya. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Saudara Mohd Syahir Bin Anuar, pelajar tahun akhir Fakulti Perubatan UKM.

.

Aktiviti Sukaneka telah dijalankan pada sebelah petangnya, dan aktiviti ini terdiri daripada aktiviti indoor dan outdoor. Aktiviti indoor yang telah dijalankan ialah mewarna,menggubah bunga, menghias cawan dan menjahit labuci, dan kesemua aktiviti ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar dan penduduk kampung.Bagi aktiviti outdoor pula, antara perlawanan yang diadakan ialah perlawanan futsal, bola jaring dan sepak raga. Cukup membanggakan apabila wakil PPUKM telah memenangi kesemua perlawanan kecuali perlawanan sepak raga.

.

Pada hari berikutnya iaitu 13 Disember 2008, kami keluar dari bumi Tanah Merah menuju ke Kubang Kerian untuk menjalin silaturrahim dengan sahabat seangkatan dari fakulti perubatan di HUSM. Ketibaan kami disambut dengan perlawanan persahabatan yang melibatkan perlawanan bola jaring bagi pelajar perempuan dan futsal bagi pelajar lelaki. Mungkin disebabkan faktor kepenatan setelah berhempas pulas pada perlawanan sukaneka hari sebelumnya, wakil PPUKM telah kalah tipis ditangan wakil HUSM dalam kedua-dua perlawanan. Walaubagaimanapun, aktiviti diteruskan dengan mengadakan sesi pertukaran maklumat berkenaan dengan kehidupan belajar di HUSM dan PPUKM oleh wakil dari persatuan masing-masing; PPUKM diwakili oleh PERSIAP manakala HUSM diwakili oleh Persatuan Sains Perubatan (PSP).

.

Pada malam tersebut, pelajar dan penduduk kampung telah berkumpul di Dewan Besar Felda untuk menyaksikan beberapa persembahan yang telah dirancang secara bersama oleh pelajar dan wakil penduduk. Seawal jam 9 lagi,tempat duduk telah pun penuh.Malam yang diberi tema “Malam Seribu Kenangan” bermula pada jam 9.30 malam dan memperlihatkan persembahan nasyid, tayangan video, pentomen dan dikir barat. Persembahan diselang-selikan dengan penyampaian hadiah bagi cabutan bertuah dan juga aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa program sukaneka.

.

Program anak angkat dan khidmat bakti ini berakhir dengan majlis perasmian penutup program OPKIM dan penyerahan anak angkat. Majlis ini telah disempurnakan oleh En Abu Bakar, Pengurus Felda Kemahang 1. Setelah itu, kami dijamu dengan makanan yang disediakan oleh wakil penduduk dan sesi bergambar pun diadakan. Kami pulang kira-kira jam 10.00 pagi diiringi dengan tangisan bukan sahaja daripada ibu bapa angkat,malah hujan di langit turut menangisi kepulangan kami…hee…

.

Sesungguhnya, program OPKIM kali ini dilihat mempunyai banyak manfaatnya. Selain dapat menyemai khidmat bakti kepada penduduk kampung, mengenal budaya masyarakat melayu di Kelantan, bertukar idea dan maklumat dengan pelajar HUSM, program ini juga dilihat sebagai mekanisme terbaik untuk mengeratkan ukhuwah antara pelajar perubatan dan kejururawatan sendiri. Semoga segala manfaat dan kebaikan yang diperoleh sepanjang program dapat diguna pakai di masa depan. InsyaAllah..

.

Setiausaha

Program Operasi Khidmat Masyarakat Fakulti Perubatan 2008

About these ads
 
2 Comments

Posted by on 24 December 2008 in Uncategorized

 

2 responses to “LAPORAN PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 2008

  1. shazzuwan

    8 May 2009 at 8:31 pm

    salam….sy ingin melihat master plan anda…sy ingin membuat rujukan…zwan_sagtr88_mufntk@yahoo.com

     
  2. PERSIAP

    10 May 2009 at 1:57 am

    Kepada shazzuwan :
    Diharap saudara/i dapat memperkenalkan diri saudara/i ke emel persiapukm@yahoo.com.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,825 other followers

%d bloggers like this: